Awal bulan Jun 2009, aku dgn member opis aku diarahkan untuk menjalankan kajian syarahan berencana di 2 tmpt dalam negeri selangor. Lokasi pertama kami ialah di Fasa Dynasti Sentosa, Klang, Selangor. Ketibaan kami disambut meriah oleh Pengerusi Rukun Tetangga iaitu Encik Mohd Daud Hj Nordin a.k.a MD ( mula2 tertanya2 gak MD tu apa, dia ni doktor ker...rupa2 nya nama dia Mohd Daud :) ). Dalam bersembang2 tu, kami pun terangkanlah hajat kami petang tuh untuk membuat kajian tentang syarahan berencana. Oleh kerana kami ni dari ibu pejabat, zero knowledge langsung apa itu syarahan berencana. FO yg bawak kami petang tu, Encik Praba dari PPD Klang, ada bgtau bhw syarahan berencana tu, bukanlah sesuatu yg official mcm pidato dll tp lebih kepada sembang kedai kopi. Memang betullah... responden petang tu cuma seramai 6 org sahaja sbb kebanyakkan penduduk di situ bekerja. Yelah.. kami pergi mmg office hour (kul 3 ptg). Yg menariknya, MD bercerita tentang perpaduan antara kaum melayu, cina dan india kawasan tersebut. Antara cerita beliau, bagaimana setiap perayaan sesuatu kaum disambut dengan meriah. Contohnya, rumah terbuka 3 perayaan dibuat sekaligus; raya puasa, deepavali dan tahun baru cina diadakan di dewan kawasan tu.. Respek aku dengan dorang nih.. demi nak mengekalkan perpaduan, sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membuat jamuan, sampai kan ada masanya dorang sendiri sebagai AJK tak dapat makan!!
Lebih kurang jam 5 petang, kami dihidangkan dengan air tin bujang (he he...) oleh AJK ni. Siap bagi nenas comel kat kitaorng sebagai buah tangan nak bawak balik kl.. Peramah & Pemurah... Kengkawan ofis semua dok tanya, kt maner aku beli nenas ni... u all jawab la bagi pihak aku, bleh? he he....